Friday, October 16, 2009

Vanilla Beans Gred-A Organik





10 Batang Vanilla Beans, Gred-A Organik Gourmet 15.5-17.5cm


Harga: MYR$ 56.00





50 Batang Vanilla Beans, Gred-A Organik Gourmet 15.5 -17.5cm


Harga: MYR$ 125.00






Deskripsi:
Vanilla beans ini adalah dari jenis vanilla planifolia ataupun lebih dikenali sebagai bourbon vanilla. Vanilla yang kami jual ini baru diproses dan sangat aromatik, berminyak, mempunyai kandungan caviar (seeds) yang banyak serta kandungan vanilin yang tinggi. Kami memperolehi bekalan vanilla daripada seorang penanam vanilla di wilayah Sepik, Papua New Guinea yang mengamalkan cara penanaman mesra-alam, organik dan berasaskan kaedah 'jungle-plantation'.

Cara Penggunaan:
Vanilla jenis ini sangat sesuai sebagai bahan perisa bakeri dan pastri seperti ais-krim, kek, kastad berkrim, puding, biskut, puff pastry, agar-agar, creme brulee dan sebagainya.






Lain-lain Kegunaan:

1. Gula Vanilla
Belah 1-2 batang vanilla bean dan peram beserta secawan gula pasir di dalam bekas kedap udara selama 3-4 minggu. Simpan di dalam tempat yang gelap. Lazat digunakan sebagai penambah perisa kopi, teh, sirap ataupun puding.

2. Sirap Vanilla
Masak 1kg gula dengan 2-3 batang vanilla yang telah dibelah dua bersama dengan 1 liter air sehingga pekat. Sejukkan sebelum disimpan didalam botol.



3. Garam Vanilla

Belah 1-2 batang vanilla bean dan peram beserta secawan garam di dalam bekas kedap udara selama 3-4 minggu. Simpan di dalam tempat yang gelap. Keistimewaan garam vanilla apabila digunakan didalam masakan seharian adalah ia akan melazatkan serta menaikkan lagi rasa masakan (seolah-olah MSG, tetapi tanpa kemudaratan) tanpa meninggalkan sebarang rasa vanilla pada masakan anda.




Panduan Cara Pembelian:

Mudah sahaja...klik pada butang "buy now" untuk membuat pembelian dan produk akan dimasukkan ke shopping cart kami. Selesai membeli-belah, klik pada butang "view cart/check out", isikan maklumat anda di borang yang telah disediakan dan pilih cara pembayaran. Kemudian check email anda untuk confirmation pembelian serta maklumat pembayaran. Pembayaran boleh dibuat melalui bayaran terus melalui ATM atau secara online melalui Maybank2U ataupun pembayaran kad kredit melalui Paypal. Penghantaran adalah percuma kemana-mana destinasi di Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan sila ajukan kepada blogshop@greenvanillastore.com.


Sila layari www.greenvanillastore.com untuk lebih banyak produk menarik....